Thursday, 13 February 2014

KEREDHAAN ALLAH ADALAH LEBIH BAIK

Dalam kehidupan yang dikurniakan dengan kesihatan serta kehidupan yang baik adalah lumrah manusia yang hidup di bumi ALLAH ini. Semua yang ditentukan olehNya, kita sebagai umatNya perlu menerima ketentuannya dengan hati yang ikhlas. Tidak ade seorang pun yang boleh melawan ketentuan ALLAH S.W.T. Begitu juga dengan diriku, semua yang terjadi adalah ketentuan dariNya dan aku perlu menerima dengan seadanya. Baik manis, pahit, suka ataupun duka aku kena laluinya. Dari hari ke hari, banyak benda yang perlu dilalui. Hanya satu yang aku inginkan. KEBERKATAN dan KEREDHAAN dari ALLAH S.W.T. dalam hidupku. Moga aku dikurniakan kejayaan dalam hidupku. Aku juga berhak untuk merasa bahagia dalam hidupku. Kadang bila terkenangkan apa yang terjadi dengan nasibku, rasa sedih yang membelenggu diri. Apa yang mampu aku lakukan sekarang ialah hanya berserah segalanya kepada tuhan. Aku hanya mampu berdoa. Semoga ketabahan tetap di dalam diriku seperti biasa. Aku teramat syukur sekiranya jodoh yang dipilih untukku adalah jodoh yang paling terbaik untukku dan die adalah orang yang aku inginkan selama ni. Segalanya aku pasrah. Hanya ALLAH yang mengetahui segalanye dengan ketentuan yang ditakdirkan olehnya. Selamanya, aku akan redha Ya ALLAH..Tidak ade yang lebih terbaik melainkan ape yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T.